You are viewing muhd_arif

 
 
11 May 2010 @ 11:54 am
METAFORA DALAM TEKS UMUM - berdasarkan Teori Lakoff  

METAFORA DALAM TEKS UMUM
– BERDASARKAN TEORI LAKOFF

DISEDIAKAN OLEH :-

MUHAMMAD ARIF B MAJID – 804933

EZUDDIN B DAUD – 804920

ARZIMI B MOHD ARSHAD – 804918

MOHD NOR AIZAN B PADZIL - 804929

PENGENALAN.

Menurut John Lakoff dan Mark Johnson ( 1987 ), umumnya metafora dilihat sebagai satu alat yang menggambarkan imaginasi puitis.

 Kaya dengan aspek retorikal dan biasanya juga dianggap sebagai suatu bentuk bahasa yang luar biasa. 

Metafora biasanya dilihat sebagai karakteristik bahasa sahaja iaitu sebagai suatu perkataan dan bukannya sebagai alat pemikiran atau perbuatan.

Kajian Lakoff dan Johnson (1980) memberikan impak yang besar terhadap kajian semantik kognitif khususnya metafora.

 Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan bahawa metafora wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan tindakan manusia.

Jelas mereka, penggunaan metafora didasari oleh skema imej.

METAFORA

Perkataan Metafora dikatakan berasal daripada perkataan Greek, iaitu meta bermaksud ‘atas’, manakala pherein bermakna ‘diangkat’.

Oleh itu metafora merujuk kepada satu set proses linguistik di mana sesetengah karakteristik sesuatu subjek ‘diangkat ke atas’ atau dipindahkan kepada objek yang lain. 

Oleh yang demikian, objek yang kedua dituturkan atau diaplikasikan seolah-olah ia berada pada kedudukan objek yang pertama.

 

Perkembangan Metafora.

 Dipercayai bahawa orang yang pertama cuba mentakrifkan makna ‘metafora’ atau ‘isti‘ārah’ (bahasa Arab) ialah Aristotle iaitu lebih kurang 2,300 tahun dahulu.

Dalam karyanya Poetika, Aristotle berkata bahawa ‘metafora’ terbentuk apabila sesuatu benda diberi nama (yakni makna) yang dimiliki oleh benda lain, pemindahan (makna).

 Ini berlaku sama ada dari peringkat genus kepada jenisnya, atau daripada jenis kepada genusnya, atau daripada jenis kepada jenis, atau berdasarkan analogi’.

Terdapat tiga ciri metafora dalam takrif Aristotle iaitu;

Pertama, metafora berlaku di peringkat perkataan dan tidak di peringkat ayat.

 Kedua, pada bahagian lain dalam karya yang sama, Aristotle menganggap metafora sebagai ‘penyelewengan’ atau ‘deviant’ daripada bahasa harfiah.

Ketiga metafora dibentuk daripada persamaan antara dua benda. Oleh itu, pada asasnya, melalui metafora manusia cuba melihat sesuatu berdasarkan sesuatu yang lain.

DEFINISI

Menurut Lakoff & Johnson, metafora melambangkan maksud yang berlainan daripada ekspresi yang diujarkan.

Menurut Hawkes ( 1986 ), “ Metafora ialah suatu cara untuk mendeskripsikan sesuatu dengan mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai kualiti terhadap sesuatu yang hendak dijelaskan.

Menurut Kamus Dewan, “ metafora ialah pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan. Ini bermakna sesuatu perkataan itu mempunyai makna lain untuk tujuan tertentu.”

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. pula berpendapat bahawa metafora ialah kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat, seakan-akan, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama. Dalam ayat “ Budak itu lembu ”,

lembu’ ialah metafora. Dalam ayat “ Budak itu bodoh seperti lembu ”, ‘lembu’ ialah perumpamaan kerana terdapat perkataan ‘seperti’ sebelum ‘lembu’.[1]
[1] Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Kamus Peribahasa Kontemporari,PTS Publisher, Kuala Lumpur.

Menurut Asmah Haji Omar (1996), definisi metafora tidak hanya terbatas sekadar bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada pengertian itu di mana metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut.

Penjenisan metafora

Lakoff & Jonhson membahagikan metafora mengikut aspek
semantik kognitif seperti berikut :
 

  • Kesistematisan konsep metafora.
  • Kesistematisan metafora dalam menonjolkan atau          
  • menyembunyikan sesuatu aspek.
  • Metafora berorientasi.
  • Asas pengalaman dalam metafora.
  • Metafora dan koherensi kebudayaan.
  • Metafora ontologikal.
  • Metonomi dan personifikasi

Kesistematisan konsep metafora.

Menurut Lakoff & Johnson, metafora melambangkan maksud yang berlainan daripada ekspresi yang diujarkan. 

Ekspresi-ekspresi metafora dalam kehidupan seharian adalah bergantung kepada konsep metafora secara sistematik .

Melaluinya kita boleh mengkaji salasilah dan perkaitan metafora dalam aktiviti kehidupan kita sehari-hari

Kesistematisan metafora dalam menonjolkan atau       

        menyembunyikan sesuatu aspek.

Kesistematisan merupakan pemahaman satu aspek dalam sesuatu konsep daripada sudut pemahaman yang berbeza.

Keadaan ini secara tidak langsung akan menyembunyikan aspek-aspek lain yang terdapat dalam konsep metafora sekaligus menyebabkan seseorang tidak memfokuskan kepada aspek-aspek yang lebih konsisten dalam metafora.

Misalnya, konsep peribahasa difahami secara berasingan dengan maksud yang diberikan kepadanya oleh masyarakat Melayu mahupun masyarakat bukan Melayu.

Lakoff & Johnson menerangkan bagaimana metafora dapat menonjolkan atau     menyembunyikan sesuatu pengalaman hidup kita dengan menggunakan metafora saluran ( conduit metaphor ) yang diperkenalkan oleh Michael Reddy.

Pemerhatian Reddy terhadap bahasa manusia memperlihatkan bahasa dapat distrukturkan kepada tiga aspek metafora yang kompleks iaitu:

- Idea atau makna adalah objek.

- Ekspresi linguistik adalah bekasnya ( container ).

- Komunikasi akan menghantarnya.

Metafora berorientasi

Terdapat satu lagi keadaan di mana konsep metafora tersebut tidak hanya menstrukturkan satu konsep sahaja tetapi membentukkan sistem.

         Konsep tersebut secara keseluruhan yang mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain.

 Konsep ini disebut sebagai metafora berorientasi memandangkan ianya berkaitan dengan orientasi ruang seperti: ATAS – BAWAH, DALAM – LUAR, DEPAN – BELAKANG, BUKA – TUTUP, TENGAH – SISI dan lain-lain.

Metafora berorientasi adalah bersifat tidak arbitrari.

Keadaan ini adalah kerana metafora berorientasi mempunyai asas yang kukuh dalam aspek fizikal, personal dan pengalaman serta kebudayaan kita.

Menurut Lakoff & Johnson, William Nagy (1974) telah mengkaji beberapa aspek metafora secara khusus menerusi orientasi ruang iaitu: ATAS – BAWAH.

Asas pengalaman dalam metafora

Salah satu cara untuk menonjolkan pengasingan metafora daripada asas pengalamannya adalah dengan membina suatu diagram yang menunjukkan hubungan yang kompleks di antara kedua-duanya.

Representasi sedemikian akan menonjolkan bahawa kedua-dua bahagian daripada setiap satu metafora adalah bertalian antara satu sama lain hanya melalui asas pengalaman.

Peranan yang dimainkan oleh asas pengalaman adalah penting dalam proses untuk memahami metafora yang tidak dapat disatukan kerana setiap satunya mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.

 

Selain itu, penggunaan perkataan ‘adalah’ seperti ‘kebahagiaanadalahatas’ ; ‘kesedihanadalahbawah’ untuk merepresentasikan setiap satu unsur dapat digantikan dalam bentuk yang lebih mudah difaham

Metafora dan koherensi kebudayaan.

Nilai yang paling penting dalam budaya akan menjadi koheren dengan struktur metafora yang paling utama dalam kebudayaan.

Sebagai contoh, kita dapat mempertimbangkan beberapa nilai budaya dalam masyarakat.

(biasanya ditandakan sebagai BAIK dan TIDAK BAIK) yang koheren dengan ruang orientasi metafora ATAS–BAWAH dengan bahagian berlawanan mana yang tidak sesuai mengikut sesuatu kebudayaan,

Metafora ontologikal.

Pengalaman kita dengan objek-objek fizikal telah memberikan suatu input bagi metafora ontologikal.

       Ia meliputi cara untuk memerhatikan sesuatu aspek atau perkara, aktiviti, emosi dan idea yang
       berkaitan dengan entiti dan bahan-bahan.

Metafora ontologikal terdiri daripada pelbagai tujuan dan pelbagai jenis metafora yang menggambarkan tujuan-tujuan tersebut

Metonomi

Metonimi adalah suatu aspek yang menggunakan satu entiti untuk merujuk kepada entiti lain yang berkaitan dengannya.

Metafora dan metonimi mengalami dua proses yang berbeza di mana metafora adalah suatu cara untuk memikirkan sesuatu perkara dari sudut suatu perkara yang lain dan fungsi utamanya adalah untuk memahami.

Manakala, metonimi pula memegang fungsi rujukan di mana ia membolehkan kita menggunakan satu entiti untuk ‘berdiri di atas’ satu entiti yang lain.

Misalnya, agama Islam dilambangkan dengan bulan sabit. Oleh itu, bila mana kita melihat bulan sabit maka kita akan merujuknya sebagai simbol Islamik.

Walau bagaimanapun, metafora dan metonimi merupakan dua aspek yang sistematik dan mempunyai tujuan yang sama tetapi metonimi memerlukan pemfokusan yang lebih spesifik kepada aspek yang dirujuk.

 Personifikasi

Metafora ontologikal yang paling ketara dapat dilihat pada objek fizikal yang diberikan sifat perorangan.

Keadaan ini menyebabkan kita memahami sesuatu pengalaman dengan entiti bukan manusia dari sudut motivasi, tingkahlaku dan aktiviti-aktiviti manusia.

Contoh ini dapat kita lihat melalui beberapa data peribahasa yang telah dipilih:

Harapkan pagar, pagar makan padi.

‘Pagar’ merupakan suatu objek tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan di mana pagar di sini dikatakan berupaya untuk melakukan aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan hidup seperti ‘makan’ sewaktu perut berasa lapar.

Biar mati anak, jangan mati adat.

‘Adat’ merupakan suatu amalan yang dilakukan oleh manusia dalam sesuatu komuniti. Adat bukanlah merupakan suatu objek namun ia merupakan suatu kegiatan manusia yang bersifat subjektif. Oleh itu, ‘adat’ di sini diberikan sifat perorangan di mana adat dikatakan boleh mengalami proses ‘mati’ sepertimana objek bernyawa yang lain.


Sumbangan terhadap teori metafora oleh Lakoff & Jonhson (Lakoff & Jonhson 1980; Lakoff 1987, 1993) .

Merupakan kesinambungan daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli falsafah dan linguistik tradisional mengenai teori kognitif dalam metafora.

 

Selain itu kemunculan teori kognitif dalam bidang linguistik juga merupakan suatu pendekatan ke arah pengkajian metafora dari aspek pemikiran dan konseptual.

Mekanisme kognitif ini terkandung dalam kajian Lakoff & Jonhson melalui ‘Methapors We Live By

        Meliputi aspek semantik kognitif seperti
  1. kesistematisan konsep metafora
  2.  kesistematisan metafora dalam menonjolkan atau menyembunyikan sesuatu aspek.
  3.  metafora beroreantasi, asas pengalaman dalam metafora,
  4. metafora dan koherensi kebudayaan.
  5.  metafora ontologikal,
  6. metonimi dan personifikasi.

Lakoff & Jonhson telah cuba untuk membuktikan bahawa metafora bukanlah bersifat arbitrari atau sewenang-wenangnya .

Metafora melibatkan suatu fenomena yang berlaku secara alamiah di mana melibatkan sistem kognisi atau minda manusia. 

Sebagai tindakan susulan, Lakoff telah mencari jawapan yang lebih jitu bagi beberapa persoalan yang biasa dikemukakan oleh para pengkaji semantik kognitif .

Bagi mengukuhkan lagi hujah beliau bahawa metafora sememangnya menjelajahi aspek kognitif seseorang.

Menurut Lakoff & Johnson dalam kajian beliau yang bertajuk Women, Fire, and Dangerous Things’.

Sains kognitif adalah bidang baru yang menyatukan apa yang difahami oleh minda.

Daripada pelbagai disiplin akademik yang terdiri daripada psikologi, linguistik, antropologi, falsafah dan sains perkomputeran.

Semantik kognitif mencungkil jawapan yang terperinci.

 Di antara persoalan-persoalan seperti –

  • apakah yang dimaksudkan dengan sebab atau alasan,
  • bagaimanakah kita merealisasikan pengalaman,
  • apakah yang dimaksudkan dengan sistem konseptual,
  • bagaimanakah sistem ini diatur dan lain – lain.

Menurut Lakoff, asas sistem pengkonsepsian manusia adalah bercorak metaforikal.

Pemikiran secara bukan-metaforikal hanyalah berlaku apabila kita bercakap tentang alam fizikal semata-mata.

Lakoff cuba menghuraikan pemerhatian beliau dengan mengkaji bahasa yang digunakan seharian untuk berbincang tentang pelbagai perkara.

Beliau membuat kesimpulan bahawa bahasa metaforikal adalah lebih kerap dan lazim dalam penggunaan seharian dan manusia memahami yang abstrak hanya melalui yang konkrit.

Proses pemikiran atau penaakulan metaforikal ini didorong oleh mekanisme kognitif yang dinamakan metafora konsepsi.

Metafora konsepsi ini memetakan secara skematik dan umum sesuatu yang abstrak (seperti negara bangsa) kepada satu domain yang konkrit.

.

Pembinaan makna dan representasi semantik dalam bahasa harian adalah berasaskan kepada sistem pemetaan in yang membentuk satu sistem metafora konsepsi.

 Lakoff (1987)Dalam linguistik kognitif, metafora konsepsi membolehkan kita memahami satu domain konsepsi dalam satu domain konsepsi yang lain.

Satu domain konsepsi merupakan satu struktur pengalaman dan pengetahuan yang koheren.

Kesimpulan.

Metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu.

Penggunaanya berkait rapat dengan kepercayaan , sikap dan nilai masyarakat.

Penerimaan berkait dengan pengalaman bahasa dan ia bersifat realtif

 


Tags:
 
 
Current Location: lab
Current Mood: optimisticoptimistic
 
 
( 1 comment — Leave a comment )
georg_jahgeorg_jah on May 12th, 2010 03:26 am (UTC)
Saya tidak nampak pun entri ini diposkan dalam jurnal sarjana_sintok kita. Sila poskannya secepat mungkin.

Entri ini juga terlalu panjang. Sila belajar cara untuk melakukan lj cut daripada LJ FAQ di sini.
( 1 comment — Leave a comment )